Monday 18 September 2017

Anggap Kami Pembantu Peribadi Anda : Khidmat Runner Penang

Kadang kala ada perkara penting (atau tak penting tapi perlu) kita buat, namun beberapa faktor seperti di bawah tak mengizinkan kita buat perkara tu, contohnya seperti :
  1. Tengah kerja, bos tak bagi keluar
  2. Jalan jem, anda malas memandu
  3. Ada hal mustahak, hal lain tolak tepi dulu
  4. Memang malas lah senan cerita
https://m.facebook.com/Joe-Runner-Penang-1293757417367888/

Kalau anda ada mengalami masalah-masalah seperti di atas, kami boleh membantu. Of course, dengan sedikit upah.

Kami adalah Runner Messenger Service yang berpengkalan di Penang. Kami beroperasi di dalam kawasan pulau sahaja, manakala untuk request bahagian tanah besar kami terpaksa mengenakan extra charge. 

Antara servis yang Runner Messenger Service Penang jalankan ialah:
1) Ambil dan hantar barang
2) Beli  makanan / barang dapur/ surprise delivery untuk birthday
3) Ambil barangan yang gagal dihantar oleh pihak poslaju di pos ofis
4) Servis membasuh baju / mendobi di dobi layan diri
5) Personal shopper ( ya, kami tukang shopping untuk anda)
6) Dan apa apa permintaan pelanggan yang mampu kami buat

Friday 1 September 2017

Khidmat Runner Penang

Memandangkan banyak masa yang terbuang, aku putuskan untuk buat servis runner sekitar Pulau Pinang. Jadi aku namakan servis aku ni Penang Runner Messenger Service. Jadilah lepas duit rokok, duit minum-minum sikit. Untung-untung boleh jadi besar macam Natsons, syarikat yang buat servis ala-ala runner jugak.
Memandangkan aku jenis serius bila buat sesuatu, aku mula dengan design bisnes kad untuk servis runner ni. Berikut ialah kad yang aku dh design.


Smart kan. Ni gambar bisnes kad yang dah siap cetak. RM45 dapat 200 keping. OK la jugak harganya. Tak la mahal sangat.
Antara khidmat yang aku tawarkan ialah:
1) ambil dokumen/parcel - hantar dokumen/parcel
2) beli barangan dapur, makanan, suprise delivery
3) Personal shopper
4) Ambil barangan yang gagal dihantar oleh poslaju di pejabat pos.
5) dan apa-apa sahaja yang difikirkan sesuai.
Upah tak mahal, sebetulnya aku pun tak tahu nak letak berapa harga untuk satu-satu job. Bergantung kepada job difficulty lah. Kalau yang paling mudah dan dekat, minimum RM5, kalau sukar dan/atau jauh, minimum RM10-15 macam tu. Janganlah zalim sangat
Jadi bagi sesiapa yang nampak post ini, kalau anda memerlukan runner sekitar Penang dalam pulau, anda boleh hubungi saya.
Terus tekan link di bawah untuk whatsapp saya.

Monday 27 March 2017

Mobile Application Khas Untuk Ibu Dan Bakal Ibu - MamaZone

Teks : Zairy Amir
Video : MamaZone Malaysia Youtube Channel


Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya kerap berkongsi berkenaan bayi dan ibu, padahal saya lelaki. Sebenarnya saya telah menghasilkan sebuah aplikasi khas untuk ibu dan bakal ibu di Malaysia. Aplikasi ini dapat memberikan info berkenaan kehamilan, penjagaan pantang, lokasi hospital bersalin, nombor telefon tukang urut berpantang dan banyak lagi fungsi lain. Bagi yang dalam fasa kehamilan anda boleh muat turun aplikasi ini di Playstore. Buat masa ini hanya boleh diakses oleh pengguna pelantar Android sahaja. Jom berikan sokongan anda pada aplikasi tempatan, MUAT TURUN aplikasi MamaZone hari ini!

Thursday 23 March 2017

Bagaimana Memastikan Bayi Kekal Selesa Dalam Musim Panas?

Teks ; Zairy Amir
Video : MamaZone Malaysia Youtube Channel

Setiap hari saya akan mengambil masa setengah jam hingga sejam untuk scroll wall Facebook bagi mengetahui berita-berita terbaru selain daripada memberikan LIKES kepada posting rakan-rakan Facebook. Banyak berita-berita viral dan kata-kata positif yang dikongsikan, tambahan pula rakan-rakan Facebook saya hampir 80% terlibat dengan perniagaan, sama ada online mahupun offline.

Tetapi dalam minggu ini (minggu ke-3 bulan Mac 2017) ramai yang mengeluh tentang cuaca yang amat panas. Saya akui, memang cuaca agak panas dan berbahang. Saya sendiri mandi sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

Bersesuaian dengan keadaan cuaca,hari ini saya kongsikan video yang saya hasilkan untuk MamaZone Malaysia, projek Aplikasi Mobil yang menyasarkan pengguna yang terdiri daripada ibu dan bakal ibu. Jom luangkan masa untuk menonton Bagaimana Memastikan Bayi Kekal Selesa Dalam Musim Panas?

Monday 20 March 2017

Bagaimana Saya Tangani Masalah Baju Berkedut Semasa Travel

Teks : Zairy Amir
Video : BestOfPenang Youtube Channel

Sepanjang saya bertugas sebagai Pewagai Pendidikan Daerah selama 3 tahun menuntut saya untuk kerap keluar kawasan selama dua ke tiga hari. Sebagai seorang lelaki yang masih berjiwa muda (saya berumur 26 pada ketika itu) saya kurang gemar untuk membawa muatan yang berlebihan ketika bermusafir. Tambahan pula saya kerap menunggang motosikal, jadi muatan berlebihan bukanlah sesuatu yang saya inginkan.


Tapi timbul pula masalah lain apabila saya sampai ke destinasi. Baju-baju yang disumbat masuk ke dalam beg galas belakang hampir kesemuanya berkedut, Walau apa cara lipatan sekalipun ianya tetap akan berkedut. Jadi ketika inilah minda kreatif bermain peranan. Anda boleh saksikan bagaimana untuk mengemaskan semula pakaian anda yang telah berkedut apabila dimasukkan kedalam beg.

AWAS! Untuk hotel yang mempunyai kemudahan hair dryer sahaja. ;)

Sunday 19 March 2017

Cara Memasak Sawi Rebus Untuk Ibu Berpantang

Teks: Zairy Amir
Video : MamaZone Malaysia Youtube Channel

Bagi ibu bapa muda, yang baru nak menimang cahaya mata tentunya banyak perkara baru yang perlu dipelajari. Zaman sekarang tak susah, ada pelbagai sumber untuk dirujuk di internet, tapi perlu juga dapatkan pengesahan daripada orang 'lama'.

Untuk sang suami juga tidak kurang mencabar sepanjang tempoh kehamilan dan seterusnya berpantang bagi isterinya. Kalau menetap jauh daripada ibu bapa, tentu suami yang perlu menjaga isteri sepanjang berpantang. Saya sendiri walaupun rumah ibu tidak sampai 20 kilometer, saya sendiri yang menjaga isteri sepanjang berpantang. Jadi sebagai rujukan untuk bakal ayah, saya sediakan video "Cara Memasak Sawi Rebus Untuk Ibu Berpantang".  Selamat Mencuba!

Saturday 18 March 2017

Sembang-sembang : Buli Di Sekolah

Teks : Zairy Amir
Video : MamazoneMalaysia Youtube Channel

Buli bukan lagi gejala baru di Malaysia, telah banyak kes buli yang dilaporkan brlaku di sekolah. Namun sehingga kini seperti tiada perubahan. 

Sebagai seorang bekas guru dan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, kerap kali juga saya perlu mengendalikan kes buli yang berlaku. Kes yang terakhir dikendalikan saya adalah melibatkan pelajar sekolah menengah Cina. 


Ya, ramai yang terkejut. Ianya bukan berlaku di kalangan pelajar Melayu, malah juga pelajar sekolah Cina. Cuma ianya bijak dikendalikan oleh guru-guru, yang mana ibu bapa memberikan kuasa penuh kepada pihak sekolah untuk memberikan hukuman yang setimpal kepada murid yang terlibat. 

Lain pula dengan ibu bapa pelajar berbangsa Melayu, yang lebih gemar untuk melibatkan pihak media. Seolah-olah dunia perlu tahu bahawa anaknya baru saja dibuli, dan guru tidak berbuat apa-apa mengenainya.  Ya, majoritinya ibu bapa begitu, tapi bukan semua. 

Sebenarnya tidak boleh tidak, walaupun sedikit, memang ada salah pada guru. Pelajar di dalam kawasan sekolah merupakan tanggungjawab penuh guru-guru di sekolah tersebut, tapi masakan mereka mampu mengawal 3000 ke 4000 pelajar dalam satu sesi selama 6 ke 7 jam.

Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam membendung gejala ini. Sebenarnya sikap pembuli boleh dikenalpasti sejak dari rumah. Tapi sikap acuh tak acuh ibu bapa menyebabkan ianya terbawa-bawa ke sekolah. Bila ada pihak yang mengambil tindakan, masing-masing akan menuding jari.

Kepada ibu bapa mangsa pula, jika tiada kecederaan yang mengancam nyawa, atau tidak memudaratkan tidak perlulah terus memanggil wartawan untuk temuramah dan sebagainya. Perjumpaan antara ibu bapa ebih afdal, buat kata putus jika berlaku lagi kejadian seumpama ini, laporan polis terus akan dibuat. Sekurang-kurangnya tindakan ini mampu menjentik hati ibu bapa dan juga pembuli tersebut. Untuk terus menyumbatnya ke penjara bukanlah perkara yang adil.

"Cakap senanglah, kalau dah bocor kepala macam mana?"

Seperti yang saya katakan tadi, jika tidak memudaratkan, tidak mengancam nyawa, selesaikan dahulu dengan kaedah verbal dan amaran. Jika melibatkan kecederaan, terus buat laporan polis. Tindakan polis terhadap pembuli sedikit sebanyak dapat menimbulkan rasa takut dikalangan pembuli.

Nota kaki : Biasanya jadi jaguh bila ramai, menikus bila berseorangan, Ada pengalaman dengan pembuli? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.