Saturday 18 March 2017

Sembang-sembang : Buli Di Sekolah

Teks : Zairy Amir
Video : MamazoneMalaysia Youtube Channel

Buli bukan lagi gejala baru di Malaysia, telah banyak kes buli yang dilaporkan brlaku di sekolah. Namun sehingga kini seperti tiada perubahan. 

Sebagai seorang bekas guru dan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, kerap kali juga saya perlu mengendalikan kes buli yang berlaku. Kes yang terakhir dikendalikan saya adalah melibatkan pelajar sekolah menengah Cina. 


Ya, ramai yang terkejut. Ianya bukan berlaku di kalangan pelajar Melayu, malah juga pelajar sekolah Cina. Cuma ianya bijak dikendalikan oleh guru-guru, yang mana ibu bapa memberikan kuasa penuh kepada pihak sekolah untuk memberikan hukuman yang setimpal kepada murid yang terlibat. 

Lain pula dengan ibu bapa pelajar berbangsa Melayu, yang lebih gemar untuk melibatkan pihak media. Seolah-olah dunia perlu tahu bahawa anaknya baru saja dibuli, dan guru tidak berbuat apa-apa mengenainya.  Ya, majoritinya ibu bapa begitu, tapi bukan semua. 

Sebenarnya tidak boleh tidak, walaupun sedikit, memang ada salah pada guru. Pelajar di dalam kawasan sekolah merupakan tanggungjawab penuh guru-guru di sekolah tersebut, tapi masakan mereka mampu mengawal 3000 ke 4000 pelajar dalam satu sesi selama 6 ke 7 jam.

Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam membendung gejala ini. Sebenarnya sikap pembuli boleh dikenalpasti sejak dari rumah. Tapi sikap acuh tak acuh ibu bapa menyebabkan ianya terbawa-bawa ke sekolah. Bila ada pihak yang mengambil tindakan, masing-masing akan menuding jari.

Kepada ibu bapa mangsa pula, jika tiada kecederaan yang mengancam nyawa, atau tidak memudaratkan tidak perlulah terus memanggil wartawan untuk temuramah dan sebagainya. Perjumpaan antara ibu bapa ebih afdal, buat kata putus jika berlaku lagi kejadian seumpama ini, laporan polis terus akan dibuat. Sekurang-kurangnya tindakan ini mampu menjentik hati ibu bapa dan juga pembuli tersebut. Untuk terus menyumbatnya ke penjara bukanlah perkara yang adil.

"Cakap senanglah, kalau dah bocor kepala macam mana?"

Seperti yang saya katakan tadi, jika tidak memudaratkan, tidak mengancam nyawa, selesaikan dahulu dengan kaedah verbal dan amaran. Jika melibatkan kecederaan, terus buat laporan polis. Tindakan polis terhadap pembuli sedikit sebanyak dapat menimbulkan rasa takut dikalangan pembuli.

Nota kaki : Biasanya jadi jaguh bila ramai, menikus bila berseorangan, Ada pengalaman dengan pembuli? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.

No comments:

Post a Comment