Monday 27 March 2017

Mobile Application Khas Untuk Ibu Dan Bakal Ibu - MamaZone

Teks : Zairy Amir
Video : MamaZone Malaysia Youtube Channel


Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya kerap berkongsi berkenaan bayi dan ibu, padahal saya lelaki. Sebenarnya saya telah menghasilkan sebuah aplikasi khas untuk ibu dan bakal ibu di Malaysia. Aplikasi ini dapat memberikan info berkenaan kehamilan, penjagaan pantang, lokasi hospital bersalin, nombor telefon tukang urut berpantang dan banyak lagi fungsi lain. Bagi yang dalam fasa kehamilan anda boleh muat turun aplikasi ini di Playstore. Buat masa ini hanya boleh diakses oleh pengguna pelantar Android sahaja. Jom berikan sokongan anda pada aplikasi tempatan, MUAT TURUN aplikasi MamaZone hari ini!

Thursday 23 March 2017

Bagaimana Memastikan Bayi Kekal Selesa Dalam Musim Panas?

Teks ; Zairy Amir
Video : MamaZone Malaysia Youtube Channel

Setiap hari saya akan mengambil masa setengah jam hingga sejam untuk scroll wall Facebook bagi mengetahui berita-berita terbaru selain daripada memberikan LIKES kepada posting rakan-rakan Facebook. Banyak berita-berita viral dan kata-kata positif yang dikongsikan, tambahan pula rakan-rakan Facebook saya hampir 80% terlibat dengan perniagaan, sama ada online mahupun offline.

Tetapi dalam minggu ini (minggu ke-3 bulan Mac 2017) ramai yang mengeluh tentang cuaca yang amat panas. Saya akui, memang cuaca agak panas dan berbahang. Saya sendiri mandi sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

Bersesuaian dengan keadaan cuaca,hari ini saya kongsikan video yang saya hasilkan untuk MamaZone Malaysia, projek Aplikasi Mobil yang menyasarkan pengguna yang terdiri daripada ibu dan bakal ibu. Jom luangkan masa untuk menonton Bagaimana Memastikan Bayi Kekal Selesa Dalam Musim Panas?

Monday 20 March 2017

Bagaimana Saya Tangani Masalah Baju Berkedut Semasa Travel

Teks : Zairy Amir
Video : BestOfPenang Youtube Channel

Sepanjang saya bertugas sebagai Pewagai Pendidikan Daerah selama 3 tahun menuntut saya untuk kerap keluar kawasan selama dua ke tiga hari. Sebagai seorang lelaki yang masih berjiwa muda (saya berumur 26 pada ketika itu) saya kurang gemar untuk membawa muatan yang berlebihan ketika bermusafir. Tambahan pula saya kerap menunggang motosikal, jadi muatan berlebihan bukanlah sesuatu yang saya inginkan.


Tapi timbul pula masalah lain apabila saya sampai ke destinasi. Baju-baju yang disumbat masuk ke dalam beg galas belakang hampir kesemuanya berkedut, Walau apa cara lipatan sekalipun ianya tetap akan berkedut. Jadi ketika inilah minda kreatif bermain peranan. Anda boleh saksikan bagaimana untuk mengemaskan semula pakaian anda yang telah berkedut apabila dimasukkan kedalam beg.

AWAS! Untuk hotel yang mempunyai kemudahan hair dryer sahaja. ;)

Sunday 19 March 2017

Cara Memasak Sawi Rebus Untuk Ibu Berpantang

Teks: Zairy Amir
Video : MamaZone Malaysia Youtube Channel

Bagi ibu bapa muda, yang baru nak menimang cahaya mata tentunya banyak perkara baru yang perlu dipelajari. Zaman sekarang tak susah, ada pelbagai sumber untuk dirujuk di internet, tapi perlu juga dapatkan pengesahan daripada orang 'lama'.

Untuk sang suami juga tidak kurang mencabar sepanjang tempoh kehamilan dan seterusnya berpantang bagi isterinya. Kalau menetap jauh daripada ibu bapa, tentu suami yang perlu menjaga isteri sepanjang berpantang. Saya sendiri walaupun rumah ibu tidak sampai 20 kilometer, saya sendiri yang menjaga isteri sepanjang berpantang. Jadi sebagai rujukan untuk bakal ayah, saya sediakan video "Cara Memasak Sawi Rebus Untuk Ibu Berpantang".  Selamat Mencuba!

Saturday 18 March 2017

Sembang-sembang : Buli Di Sekolah

Teks : Zairy Amir
Video : MamazoneMalaysia Youtube Channel

Buli bukan lagi gejala baru di Malaysia, telah banyak kes buli yang dilaporkan brlaku di sekolah. Namun sehingga kini seperti tiada perubahan. 

Sebagai seorang bekas guru dan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, kerap kali juga saya perlu mengendalikan kes buli yang berlaku. Kes yang terakhir dikendalikan saya adalah melibatkan pelajar sekolah menengah Cina. 


Ya, ramai yang terkejut. Ianya bukan berlaku di kalangan pelajar Melayu, malah juga pelajar sekolah Cina. Cuma ianya bijak dikendalikan oleh guru-guru, yang mana ibu bapa memberikan kuasa penuh kepada pihak sekolah untuk memberikan hukuman yang setimpal kepada murid yang terlibat. 

Lain pula dengan ibu bapa pelajar berbangsa Melayu, yang lebih gemar untuk melibatkan pihak media. Seolah-olah dunia perlu tahu bahawa anaknya baru saja dibuli, dan guru tidak berbuat apa-apa mengenainya.  Ya, majoritinya ibu bapa begitu, tapi bukan semua. 

Sebenarnya tidak boleh tidak, walaupun sedikit, memang ada salah pada guru. Pelajar di dalam kawasan sekolah merupakan tanggungjawab penuh guru-guru di sekolah tersebut, tapi masakan mereka mampu mengawal 3000 ke 4000 pelajar dalam satu sesi selama 6 ke 7 jam.

Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam membendung gejala ini. Sebenarnya sikap pembuli boleh dikenalpasti sejak dari rumah. Tapi sikap acuh tak acuh ibu bapa menyebabkan ianya terbawa-bawa ke sekolah. Bila ada pihak yang mengambil tindakan, masing-masing akan menuding jari.

Kepada ibu bapa mangsa pula, jika tiada kecederaan yang mengancam nyawa, atau tidak memudaratkan tidak perlulah terus memanggil wartawan untuk temuramah dan sebagainya. Perjumpaan antara ibu bapa ebih afdal, buat kata putus jika berlaku lagi kejadian seumpama ini, laporan polis terus akan dibuat. Sekurang-kurangnya tindakan ini mampu menjentik hati ibu bapa dan juga pembuli tersebut. Untuk terus menyumbatnya ke penjara bukanlah perkara yang adil.

"Cakap senanglah, kalau dah bocor kepala macam mana?"

Seperti yang saya katakan tadi, jika tidak memudaratkan, tidak mengancam nyawa, selesaikan dahulu dengan kaedah verbal dan amaran. Jika melibatkan kecederaan, terus buat laporan polis. Tindakan polis terhadap pembuli sedikit sebanyak dapat menimbulkan rasa takut dikalangan pembuli.

Nota kaki : Biasanya jadi jaguh bila ramai, menikus bila berseorangan, Ada pengalaman dengan pembuli? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.

Wednesday 15 March 2017

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Teks: Zairy Amir
Foto: Koleksi Zairy Amir

1) PENDAFTARAN KKM BAGI PRODUK KOSMETIK, UBATAN DAN MAKANAN

Servis Pendaftaran Produk Dengan KKM NPRA
Founder produk boleh didenda RM25,000 jika tidak berdaftar
      Lambakan produk yang tiada kelulusan KKM sekarang amatlah membimbangkan. Sebagai founder atau owner produk, anda tentu tidak mahu menjadi sasaran pihak berkuasa jika produk anda bermasalah. Sedangkan jika anda mempunyai kelulusan daripada KKM, produk anda akan lebih mudah dijual. 

Tahukah anda jika produk tiada kelulusan KKM, anda boleh disaman sehingga RM25,000 dan produk anda akan dirampas atau disuruh menghentikan jualan? Untuk mengelakkan berlakunya perkara tersebut, anda boleh menggunakan perkhidmatan kami untuk mendaftarkan produk anda dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ramai klien kami yang tidak tahu bagaimana untuk mendaftarkan produk mereka dengan NPRA, jadi kami menyediakan perkhidmatan untuk mendaftarkan produk mereka dengan harga yang terbaik, sekaligus dapat menjimatkan kos administrasi disamping dapat meningkatkan keuntungan dan kepercayaan pengguna terhadap produk.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh terus SMS atau Whatsapp 019-2738070


2) LOGISTIK DAN RANGKAIAN PENGEDARAN

Lori JNE 40 kaki
Lori 40 kaki 
          Berpengkalan di Pulau Pimang, syarikat logistik kami mempunyai kekuatan sebanyak 58 buah lori yang terdiri daripada 15 lori 40 kaki, 16 lori 10 dan 8 tan, dan selebihnya lori 3 dan 1 tan, kami mampu memberikan servis ke seluruh semenanjung Malaysia.

Kami juga menyediakan perkhidmatan "tumpang lori" untuk menjimatkan kos anda. Dengan kekerapan 365 hari pergerakan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, kami dapat membawa barangan yang ingin dihantar oleh anda.


Jika anda memerlukan perkhidmatan kami, anda boleh terus Whatsapp ke 019-2738070

3) PENGIKLANAN PADA LORI KONTENA


Jika anda ingin meningkatkan brand awareness produk anda dengan kos yang lebih murah daripada billboard dan capaian audiens yang lebih tinggi, anda boleh mempertimbangkan untuk mengiklan pada lori kontena kami. Dengan kekerapan yang tinggi perjalanan dari utara ke selatan semenanjung Malaysia, iklan anda bukan sahaja dapat dilihat di atas lebuhraya tetapi juga pada jalan raya biasa.

Kos untuk mengiklan di lori kontena kami adalah seperti berikut :


  • Sewaan ruang iklan RM 15,000 SETAHUN
  • Kos artwork yang dicetak di atas sticker tahan panas RM10,000
  • Total RM25,000 untuk pengiklanan bergerak selama SETAHUN



3) PENGILANG DAN PENGEDAR NIQAB NIQAVIE EXCLUSIVE

Niqab Selesa Dan Eksklusif
Butik Niqavie di Seri Kembangan
           Pemakaian niqab telah menjadi suatu kebiasaan bagi rakyat Malaysia. Ramai pemakai niqab di Malaysia yang mencari niqab yang bersesuaian dengan cuaca di Malaysia. Ini kerana ianya dipakai di bahagian muka, jadi hanya fabrik tertentu sahaja mampu memberikan keselesaan maksimum kepada pemakai niqab.

Sebagai pioneer pengilang dan pengedar niqab di Malaysia,Niqavie telah melalui pelbagai proses R&D untuk memastikan pemakai niqab mendapat keselesaan maksimum, jadi kami telah menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi dan selesa dipakai walaupun dalam iklim panas dan lembap di Malaysia.

Untuk rekod, kami telah mengeksport produk niqab kami ke lebih 100 buah negara, dan mempunyai sebuah lagi HQ di Jerman. Seperti yang kita ketahui, penduduk Eropah lebih mementingkan keselesaan dan kualiti produk, tambahan pula produk dalam niche pakaian. Bagi mereka yang mementingkan keselesaan dan mencari niqab dengan kualiti premium, anda boleh mendapatkannya di laman web rasmi Niqavie